Kehidupan peribadi Betty White

White dilahirkan di Oak Park, Illinois. Beliau berketurunan Greek, Inggeris, Welsh dan Denmark. [4][5][6] Beliau merupakan anak tunggal kepada Horace White, eksekutif syarikat lampu. Keluarga beliau berpindah ke Los Angeles, California ketika Zaman Meleset.[7][8]

White dan Ludden pada tahun 1968.White bersama President Obama pada Jun 2012.

Pada tahun 1945, White mengahwini Dick Barker dan perkahwinan beliau tidak bertahan lama. Beliau kemudiannya mengahwini Lane Allen pada tahun 1947 dan bercerai dua tahun kemudian.

Pada 14 Jun 1963, White mengahwini hos dan personaliti TV, Allen Ludden. Mereka bertemu ketika White menjadi selebriti jemputan menerusi rancangan Password pada tahun 1961. [9] Allen Ludden telah meninggal dunia kerana kanser perut[10][11] pada 9 Jun 1981 di Los Angeles.[12] Mereka tidak dikurniakan anak, namun mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan Ludden dengan perkahwinan pertamanya. White tidak berkahwin sejak kematian Ludden.

Berkaitan